Saturday, February 28, 2009

Asas Islam

Asas Islam

Pengabdian diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah asas seperti akar tunjang pada sesuatu pohon dan rukun pertama dalam aqidah Islam ialah niat untuk mengikatkan diri kita ke atas pengakuan kita sebagai seorang Islam yang sebenar-benarnya sah mengikut tertib dalam mengislamkan diri kita, setelah kita berniat bahawasannya sahaja aku memeluk Islam Lillahi Ta’ala sebagai rukun yang pertama menyerap masuk ke dalam jantung sunabari jiwa raga kita bahawa kita menyerahkan diri kita kepada Allah keranaNya semata-mata tidak menyekutukanya dan tidak akan mengatakan kerana yang lain selain hanya Allah yang esa diikuti dengan ucapan "Laa illaha illallah, Muhammada Rasulullah" yang bermaksud bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah atau lebih menguatkan ikatan pengakuan, kita ucapkan "Ashadualla illaha illallah wa asshadu anna Muhammada Rasulullah." yang bermaksud Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu utusan Allah.
Niat kita kerana Allah sahaja "Lillahi Ta’ala" adalah menjadi rukun yang pertama atau esa di dalam semua amalan yang kita hendak kita lakukan. Barulah diikuti yang berikutnya akan sesuatu amalan itu dan hendaklah disusun dengan tertibnya barulah diakui sahnya sesuatu amalan yang kita lakukan. Semoga segala amalan kita tidak kucar-kacir dan selamat, sentosa dan di terima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


Perkataan "kerana" tidak boleh digunakan ke atas perkara lain selain mengesakan Allah sahaja. Sebagai ganti kita gunakan "sebab" sebagai perkataan yang bersandar dan berlapik untuk mengelakan diri kita terjerbak dalam kancah menyekutukanNya. Contohnya kita tidak boleh mengatakan kerana ubat ini menyumbuhkan penyakit kita adalah perkataan biadap kita terhadap Allah. Sebagai ganti sebab ubat yang dijadikan Allah dengan izinnya menyumbuhkan penyakit kita. .Inilah perkataan belapik yang kita selalu hendak perlakukan dengan berwasapada setiap masa agar kita tidak menyekutukan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


1. Tabung Keinsafan atau Muaalaf.(saudara baru Islam)
Untuk taubat nasuha contohnya.seperti berikut:-

1. Niat
2. Ucapan dua Kalimah Shahadah
3. Pengakuan keinsafan perbuatan yang telah lalu dengan taubat nasuha kita.
4. Saksi –saksi wali Allah Subhanahu Wa Ta’al yang mengesahkannya.
5. Doa.
6. Tertib.


Keinsafan diri kita dengan bertaubat dan pohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendaklah kita perbaharui setiap hari lima kali yakni sebelum atau semasa kita hendak menunaikan sholat fardu kita semoga tabung keinsafan diri kita bertambah dari semasa kesemasa maka bertambahlah iman kita untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Surah Yusof: Ayat 40 Allah berfirman yang bermaksud:

"Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah sahaja. Ia perintah supaya kita jangan sembah dan mengabdikan diri melainkan Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus."


Surah An-Nisa’: Ayat 80 Allah berfirman yang bermaksud:


"Sesiapa yang taat dan patuhkan Rasul, maka sesungguhnya dia telah taat dan patuhkan Allah."

Surah An-Nahl: Ayat 51-52 Allah berfirman yang bermaksud:

Dan Allah berkata: "Jangan kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya tuhan itu esa (satu), dan kepada-Kulah hendakNya kamu takut, Dan bagi –Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti?"


Surah Asy-Syura: Ayat 21 Allah berfirman yang bermaksud:

"Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tidak izinkan?



Surah Al-Hasr: Ayat 7 Allah berfirman yang bermaksud:


"Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka jauhilah."

Sunday, February 22, 2009

Anugerah Darjat Yang Tertinggi Dalam Keluarga Kita.


Ucapan Ketua Keluarga Kita

Bismillahi ruhmani ruhim.

Bersatulah kita dalam satu keturunan yakni Adam alaiwassalam dengan melayukan bangsa kita menjadilah kita Bangsa Melayu yang asal atau yang asli dengan berhahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan antara kita.

Bersatulah kita dengan perasaan yang tenang penuh dengan perasaan kesabaran dengan tidak melakukan sebarang dosa, dengan nawaitukita Lillahitaala dalam segala amalan kita, insyaAllah kita bersatu dengan sebenar-benarnya untuk mendapat keredaan Allah Subhawataala.

Ilmu Selamat Lillahitaala Amalan MaklukNya = I.S.L.A.M.
Ilmu Bukan Lillahitaala Ilmu Syaitan = I.B.L.I.S.

Inilah kayu pengukur kita di dalam Penyatuan Umat Manusia Sekelian.Marilah kita menentang musuh kita Iblis dan Syaitan.


ANUGERAH MUKHLISAH YANG TERTINGGI DARJATNYA.

Pada hemat saya selaku ketua keluarga anda di sini, saya maklumkan anugerah tertinggi ke atas jasa bakti dan khidmat beliau kepada diri kita semua dari kita tiada sehingga kita ada. Beliaulah pengasas dalam berbagai bidang seperti berikut

1. Setiausaha pertama dalam penubuhan melayu bersatu dengan jayanya ke atas usaha beliau berjuang mencatitkan sejarah perjuangan kita bersama sehingga kita berjaya merdekakan negara kita sehingga kini. Usia yang termuda 14 tahun sudah boleh menjalan tugas perjuangan kemerdekaan. Jasa beliau amat kita sanjung dan tidak terhingga kita ucapan berbanyak terima kasih dan menjadi contoh pada diri kita menyambungkan perjuangan kemerdekaan diri kita. Kata hikmat beliau bahawa kemerdekaan tergantung pada perasaan kita. Kalau kita boleh kawal perasaan kita selari dengan perasaan pihak lawan dalam saling nasihat menasihati antara satu sama lain berbincang tanpa dosa secara aman dan perasaan kesabaran itu berpihak pada kemenangan. Sebab itulah kita berjaya menuntut kemerdekaan secara aman.

2. Anak Melayu pertama lulusan darjah enam pada zaman itu mendapat kelulusan cemerlang dalam Bahasa Mandarin memudahkan rundingan dengan kaum china untuk mencapai matlamat kemerdekaan negara kita. Sekarang ramai anak dan cucu beliau mahir dalam bahasa Mandarin.

3. Mahir dalam bidang perbidanan. Sifat keterunan bidan turun temurun bermula dari Puteri Lindungan Bulan diikuti dengan Tok Aji Timah (Fatimah) bidan di raja disanjung oleh kerabat raja kita dan orang awam yang amat memerlukan perhidmatan itu pada zaman dahulu dan turun pula pada beliau telah berjaya menguruskan dengan deria pemberian Allah SWT berjaya menyambut (10) sepuluh orang anak tiri dan lebih ramai lagi orang awam. Jasa beliau yang amat berharga ini patut di sanjung dan sebagai mengenang budi beliau kita sepatutnya menjaga perasaan beliau supaya menjadi tenang dan bahagia. Adakah kita berbuat demikan? Adakah kita membantu beliau ketika kita senang dan kaya? Adakah kita beri sara hidup yang sewajarnya? Ketika beliau sudah tua adakah kita ambil peduli pada beliau? Tempat tinggal makan minum beliau kita sediakankah? Kita tanya diri kita samada kita anak yang sholeh atau yang tholeh?

4. Mahir dalam bidang lukisan yang bersenikan perjuangan perasaan diluahkan dengan jelas dan nyata dalam lukisan beliau menyentuh perasaan kita bila kita lihat dalam berbagai sudut. Dari lukisan itu mengajar kita bersabar dan berubah sikap untuk menjadi insan yang berguna pada agama raja dan negara.

5. Modal perniagaan hasil dari pemberian Ayahanda beliau Omar Steward (Omar bin Haji Mat Sirat) telah berjaya membuka syarikat usahawan melayu pertama memiliki dua paggung wayang Royal dan Empire dalam usia yang termuda yakni dua puluh tahun dan anak melayu pertama berusaha dalam bidang ini.

6. Anak melayu pertama menjual piring hitam lagu-lagu 50an dan 60an.

7. Anak melayu yang pertama mengusahakan syarikat jual beli kereta baru dan terpakai di awal tahun 50an yakni di ambang kemerdekaan.

8. Anak melayu yang pertama memiliki perusahaan kilang sabun chap borak yang terkenal pada tahun 1960 pada zaman awal kemerdekaan negara.

9. Anak melayu pertama yang berusaha dalam bidang perniagaan jual beli harta-tanah di zaman 50an dan 60an.

10. Perasaan tenang dan kesabaran beliau telah membentuk suaminya (ayahanda kita) sebagai pekerja dibawahnya diberi amanah untuk meneruskan kejayaan perniagaan dengan jujur dan iklas di hari awal dan di hari akhir seumur hidup setia pada beliau. Adakah ayahanda setia pada beliau? Apa telah terjadi sekarang ke atas amanah yang beliau berikan pada suaminya? Sendiri mau tau dan ingat dari mana hasil kekayaaan itu bermula. Jangan lupa diri kita sehingga kita menjadi insan yang tidak mengenang budi, pecah amanah dan durhaka pada beliau dan durhaka pada anak-anak beliau.

11. Memujuk ayahadanya Omar Steward agar membayar hutang kepada ceti di mana ayahanda kita berhutang dengan ceti untuk hantaran belanja perkahwinan mereka sebanyak lapan belas ribu lima ratus ringgit zaman 40an yang bernilai bersamaaan seribu relong tanah sawah. Orang Kaya Tok Omar Steward merasa malu apabila ceti datang menuntut hutang, menantu telah menipu diri sebagai orang yang mampu menjaga anaknya rupanya orang miskin dan berhutang pula. Dengan rayuan bonda maka ayahandanya, Tok Omar telah jelaskan hutang ceti tersebut. Tok Omar mengingatkan ayahanda jangan menipu lagi. Sudah menjadi menantu, Tok Omar sedia membantu dengan syarat jangan sia-siakan anak beliau. Ayahanda berjanji di depan Tok Omar tidak akan sia-siakan isterinya. Adakah Ayahanda tunai janji ayahanda apabila Tok Omar kembali ke rahmatullah selepas tahun 1969?..!!! ????

Dengan itu saya umumkan bahawa Bonda Che Sopiah binti Omar (320713-02-5084) dianugerahkan Sebagai Mukhlisah Yang Tinggi Darjatnya dalam keluarga kita .

Semoga Allah limpahkan rahmatNya pada beliau.
Amin Ya Rubil’alamin.Sekian dimaklumkan. Al Fathihah……….Amin Ya Rubil’alamin.

Wassalmualaikum waruhmatullah.

Yang Lillahitaala,

Ketua Keluarga Kita
Mohd.Johar bin Mohd Noor
e-mail ketuakeluargakita@yahoo.com
Bismillahi ruhmani ruhim

Bersatulah kita dalam satu keturunan yakni Adam alaiwassalam dengan melayukan bangsa kita menjadilah kita Bangsa Melayu yang asal atau yang asli dengan berhahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan antara kita.

Bersatulah kita dengan perasaan yang tenang penuh dengan perasaan kesabaran dengan tidak melakukan sebarang dosa, dengan nawaitukita Lillahitaala dalam segala amalan kita, insyaAllah kita bersatu dengan sebenar-benarnya untuk mendapat keredaan Allah Subhawataala.

Ilmu Selamat Lillahitaal Amalan MaklukNya = I.S.L.A.M.

Ilmu Bukan Lillahitaala Ilmu Syaitan = I.B.L.I.S.

Inilah kayu pengukur kita di dalam Penyatuan Umat Manusia Sekelian.

Marilah kita menentang musuh kita Iblis dan Syaitan.